Tuesday, May 31, 2016

Projek Kitchen Garden


 Alhamdulilah Projek Bumi Hijau ataupun Kitchen Garden yang saya rancang untuk murid-murid sudahpun terlaksan dengan sempurna. Ribuan terima kasih kepada pihak Kolej Dato Lela Maharaja yang turut sama membantu menjayakan projek ini. Saya telah mendapat khidmat mereka untuk merealisasikan Projek Kitchen Garden ni.


Nampak tak keseronokan dan keterujaan anak anak murid saya sedang menyiram pokok tanaman .Secara x langsung mereka mempelajari jenis-jenis tanaman yang ada seperti bayam, bendi, kangkung, bunga ros jepun dan salad.
Kami menggunakan khidmat rekabentuk dalaman daripada Kolej Dato Lela Maharaja
Inilah hasil taman mini Kitchen Garden Tabika Perpaduan Taman Pedas Perdana

Jom buat Kolaj Haiwan Jinak

Okay. Assalammualaikum semua..
Hari ni saya nak share dengan semua tentang aktiviti di Tabika Perpaduan Taman Pedas Perdana.
Minggu ni adalah bertema Haiwan Jinak. Tema ni menjadi kegemaran saya kerana boleh menjalankan pelbagai aktiviti hands-on.Salah satu aktiviti yang saya jalankan bersama murid ialah kolaj haiwan jinak menggunakan kapas.

Aktiviti ini sangat menyeronokkan murid-murid saya. Mereka suka menggintil kapas heheheh. 
Ok mari kita layan gambar mereka..






Biar gambar yang menceritakan....ok baiii

Rombongan Ke Kuala Lumpur

Assalamualaikum...
Hai semua pada penghujung April yang lalu, kami telah bersama-sama mengikuti Lawatan Ke Kuala Lumpur.Diantara tempat lawatan yang kami lawati ialah di Petrosaians KLCC dan Taman Wetland Putrajaya.Seramai 20 orang murid yang mengikuti program ini.

Ok, mari kita layan gambar-gambar rombongan bersama keluarga di Kuala Lumpur..

Muka ceria cikgu dan muridnya  ..heheheh
 Tak sah kalau cikgu x ajak murid selfie :)
 Bergambar kenangan bersama ibu bapa yang ada.
 Keluarga Asraff 

 Murid sangat seronok apabila diberi peluang untuk meneroka ke semua bahagian di dalam Petrosains.Kebanyakannya berkaitan dengan Sains dan Teknologi. Ada yang baru pertama kali dapat menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur.. Cikgu pun teruja tengok murid-murid seronok.


Bergambar kenangan di hadapan KLCC

Bagi yang berminat nak buat lawatan ke Petrosains KLCC boleh kunjungi laman web mereka

Sunday, May 29, 2016

Lagu Nyanyian ABC dari Didi & Friends


Tentu semua murid-murid seronok kalau cikgu mainkan lagu ni didalam kelas..horaaaa...horeyyy!!Lagu ABC Didi & Friends

Hari Pendaftaran Tabika Perpaduan Sesi 2017

Assalamualaikum...

Perhatian kepada semua ibu ,bapa dan penjaga penduduk di sekitar kawasan Taman Pedas Perdana, Pedas Negeri Sembilan.

Promosi Pendaftaran akan bermula daripada 
1 hb Mac 2016 sehingga 30 Oktober 2016.

Bagi yang berminat untuk mendaftar anak-anak bagi sesi 2017 bolehlah mendapatkan Borang Permohonan dari Kelas Tabika Perpaduan Taman Pedas Perdana pada ketetapan seperti berikut :

Tarikh          : 1hb Mac 2016 hingga 30hb October 2016
Tempat        :  Kelas Tabika Perpaduan Taman Pedas Perdana
Masa           :  Dari jam 8.00 pagi hingga 3.00 petang pada waktu                                       persekolahan.
Nama Guru   : Teacher Farashazlina binti Md Yunus